PENGALAMAN BERSALIN

selamat malam semua..

hari ini ingat nak cerita pengalaman masa kt hospital masa nak bersalin ammar hari tu..

20/11/2012
pagi tu pergi hospital sebab dah rasa sakit sikit-sikit. bila sampai kat hospital doktor check baru buka 2cm.
dan masa tu tak de rasa contarction apa2 pun lagi. jadi doktor decide kul 9 malam datang lagi. so malam tu pergi la hospital lagi. doktor cek dak buka 3cm. dan dah rasa sakit sikit sikit la. jadi tunggu sampai kul 2 pagi baru ada katil kosong untuk admit wad. husband alia balik dulu.

21/11/2012(due bersalin ammar)
bangun pagi tu tak de rasa pa pe. then masa doktor pakar datang cek dia cakap bukaan still 3cm dan no contraction. so masa tu dia cakap nak suruh alia balik rumah dulu sebab wad penuh. ramai lagi dok tunggu nak masuk.. tapi dia cakap sebelum nak balik dia akan scan dulu sebab takut jugak anak kedua ni cepat sikit bukaan dia.

kul 10pagi
doktor cek bukaan still 3cm. dan no contraction jugak. TAPI masalahnya air ketuban dah tinggal sikit. so doc decide tak boleh kuar wad. kalo ada labour room kosong kena induce bersalin sebab air ketuban dah kurang. so balik wad,call husband dan call mak inform diorang. masa tu cakap kat husband nak makan macam2. dia cakap ok dalam kul 11 dia datang..

kul 11 pagi
nurse datang bawa wheelchair cakap ada labour room(LR) kosong..huhuhu tak sempat la aku nak makan..masa dah otw ke LR tu baru inform husband cakap nak g LR dah.mintak maaf banyak2 kat dia mana tau lepas tu tak dapat jumpa dia lagi. mintak dia halalkan makan minum dan mintak maaf betul2 kalo ada salah silap. harap2 dipermudahkan segala urusan. tapi masa tu tak sempat nak call arwah mak je..masa tu mak kat hospital yang sama kat wad crw(jantung).

kul 11.30pg
masuk LR banyak doktor pelatih dalam tu. dok kaji kes alia ini. siap ada sorang tu suruh balik semula ke wad sebab tak de contraction dan bukaan br 3cm. haha lepas tu doc tu kena marah dengan doc pakar sebab tak kaji kes btul2..kalo air ketuban kurang memang kena paksa juga bersalin takut baby lemas. banyak sangat pengalaman dalam LR tu..nanti alia cter next entry ok. yang pasti SANGAT SAKIT kne induce yang drip air tu..huhu sampai kul 3 pun bukaan br 4 cm..masa tu memang dah rs SAKIT YANG TERAMAT. doc datang seluk pun dia cakap akan bersalin at least kul 7.45 malam..GILER lama betul..dah la LAPAR yang TERAMAT..huhu masa tu gelisah sgt pusing kiri kanan semua tak kena. letak ubat tahan sakit pun tak jalan jugak. misi marah sebab asyik pusing2 sgt.dia letak oksigen kat hidung pun masih tak dapat hilang langsung rasa sakit tu.

kul 4.30ptg
dah rasa nak meneran. tak de orang pun dalam bilik tu.misi tunggu kat luar. tak larat dengar aku dok cakap sakit sakit..huhu dah memang sakit nak buat mcmana kan. dah zikir macam2 dah. sampai tahap mintak operate je..hihi lawak btul bila ingat balik. 4.45 memang dah tak tahan jadi teran jugak..alhamdulillah 4.50 lahirlah MUHAMMAD AMMAR FAYYADH ke dunia ini. 2x jugak teran..berat 2.86kg. syukur jugak tak kena jahit langsung kt bwh tu..TIPS nya jangan angkat punggung masa teran tu ok.hehe

berbalik kepada tajuk entry yang alia nak cerita hari ni. masa kat wad lepas bersalin tu macam2 ragam manusia dapat kita tengok. masa malam tu ada sorang ni kesian sangat dia gugur masa baby 6 bulan kalo tak salah la..dia bersalin tu kat rumah. dia cakap tetiba je dia bersalin.alia pun tak paham sgt sebab dia orang thailand rasanya. dengan la doc dan misi dok tanya dia..tapi baby dia meninggal la sebab dia tak pandai potong tali pusat. dia kata masa lahir tu hidup. dah lama tu mungkin oksigen tak sampai tu terus biru muka baby dan meninggal. misi kat kg dia baru otw masa tu..huhu kesian kan..

esoknya tu sebelum kuar wad tu ada lagi sorang dok katil betul betul depan alia..tengok jgk muka monyok je. tapi tak de baby dengan dia. ingat baby dia dok nicu macam alia bersalin dekat adam dulu macam tu jugak. sorang2 je kt wad. anak kat nicu. pas tu dengar dia sembang dengan orang depan alia tu cakap dia baru lepas buat o&g gugur masa 4 bulan. huhu sedih kan..

kadang-kadang kita tak tau masa depan kita. kita cuma bole berdoa dan mengharapkan yang terbaik.. sesunggguhnya ALLAH itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.setengah orang elok je flow dia kahwin terus mengandung dan dapat anak yang sempurna. setengah orang kahwin lambat dapat anak. setengah orang cepat mengandung tapi mcm2 masalah. YANG PASTI BUKAN KITA MINTA TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN YANG TERBAIK UNTUK SETIAP HAMBANYA.. SETIAP UJIAN YANG DAPAT KADANG2 MEMBUATKAN KITA LEBIH DEKAT DENGAN ALLAH.

kat bawah ni alia share satu testimonial keguguran dan pcos dan apa yang customer ni ambik ok..harap2 dapat membantu..

"Just want to share 2 things:

1. Dari saya sendiri.

Alhamdulillah dengan berkat Allah nak izinkan, sejak ambil Shaklee, didapati badan saya semakin cergas, tiada lemah-lemah akibat keguguran, tiada sengal-sengal badan. Memang rasa cergas dan tak rasa diri ini keguguran. Alhamdulillah. 1 hari sahaja MC. Dan inshaAllah rasa bersemangat nak ke sekolah hari Khamis nanti dan hari Jumaat sebelum pulang mengundi. Doakan saya dalam kebaikan. Kalau dulu gugur sampai 4 minggu pun belum kebah-kebah lagi rasa lemah-lemah badan. Kini Alhamdulillah. Akan diteruskan sampai pregnant. Aamin.

So far Adib amalkan ESP, B Complex dan GLA Complex sahaja. InshaAllah akan tambah lagi complete set untuk kesuburan.






2. Kawan saya ada PCOS yang teruk.

Dia hanya amalkan GLA Complex, Alfalfa, dan Omega Guard. Apa yang dia beritahu pada saya, masalah PCOS sudah tiada. Cyst berantai sudah tiada. Sekarang fokus untuk stabilkan hormon. Sekarang beliau masih amalkan dan teruskan supplemen tersebut.




Doakan kami perolehi zuriat. Aaminn." - Adibah Amir Hamzah, 1st May 2013

credit to:
http://sihatcomelceria.blogspot.com

berminat ??
SHAKLEE ID:892522
FB:Aliatun Husna Bt Salleh
sms/whatsupp:0196066152    

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...