LELAKI PUNCA TIDAK DAPAT ANAK???

SUAMI ATAU ISTERI PUNCA TIDAK DAPAT ANAK??? 


  • Sering kali kita selalu dengar kebanyakkan masalah TIDAK DAPAT ANAK berpunca dari kaum wanita/hawa. Tapi bukan 100% masalah tu berpunca daripada wanita sebenarnya. 
  • Tidak wajar jika kita salahkan wanita semata-mata.. sebenarnya lelaki pun ada menyumbang kepada faktor ketidaksuburan. 
  • menurut artikel http://www.hmetro.com.my/articles/Puncamasalahkesuburanlelaki/MA/Article
  • Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki. 
  • Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.
  • Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.

ANTARA FAKTOR PENYEBAB
  • PRA-TESTIKULAR-gangguan hormon menyebabkan buah zakar tidak teransang dan sperma gagal dikeluarkan
  • TESTIKULAR- kerosakan sel menyebabkan menghasilkan sperma yang tidak sihat
  • POST-TESTIKULAR-penghasilan sperma yang normal tapi gagal ejakulasi

Cara yang bagus untuk menghasilkan sperma sihat 

  • Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)

  • AMakan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan

  • AKekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma

  • AUruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma

  • ABanyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari

  • APakai seluar dalam longgar
Makanan berkhasiat diperlukan dalam diet anda 

  • AZink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan

    Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan.


  • Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah 

    Sumber makanan : hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda


  • CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur 

    Sumber makanan : ditemui dalam makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.

Makanan semula jadi lebih baik daripada pil: 

  • Vitamin E meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan pada tikus. 

    Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.


  • Lelaki yang tahap asid folik rendah meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom. 

    Sumber makanan: hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.

Makanan semula daripada sumber laut adalah `rakan.' 

  • B12 - dapat meningkatkan jumlah sperma 
    Sumber makanan: jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju.


  • Vitamin C - Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak. 

    Sumber makanan: Banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan sitrus.


  • L-Carnite - Makanan yang diperlukan untuk sel sperma berfungsi normal.
sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Puncamasalahkesuburanlelaki




BULAN PROMOSI VITAMIN E SHAKLEEDAPATKAN HARI INI0196066152COD AREA:MIRI/BEKENU



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...