JANJI ALLAH ITU PASTI MATI ITU PASTI

MATI ITU PASTI!!!

hari ini tetiba dapat panggilan telefon dari pengasuh anak2 alia sekarang yang suami pengasuh anak2 alia yang b4 ni telah kembali ke rahmatullah. YAALLAH sedih sgt rasa..

walaupun hanya setahun je akk tu jaga anak2 alia..tapi akak dan abg tu sgt2 baik..terutama suami akk tula mmg rapat sgt dengan ammar. kalo jumpa memang dia peluk cium ammar tu. tahun ni walaupun alia dah tak hantar dekat akk tu tapi diorang still datang rumah alia melawat anak2 alia..terutama sbb abg tu rindu sgt dekat ammar. entahlah sedih dan sebak je rasa..

baru pagi tadi kami selisih kereta di jalan sewaktu nak ke sekolah. masa tu dalam jam 6.15 pagi..tetiba dapat panggilan dalam jam 8.30 pagi yang arwah dh takde..

YA ALLAH mati itu pasti..tidak akan terkurang atau terlebih seminit pun kan...punca kematian alia pun tak pasti..cuma kakak yg pengasuh alia sekarang gtau abg tu kuar buang sampah dekat depan umah. tetiba masuk rumah dia pengsan..lepas tu takde lagi..ALLAH sesungguhnya mati memang tak kira usia kan..

arwah seorang yang baik dan mudah sgt tersenyum..mmg rajin layan bdk2..alia doakan semoga abg martoyo ditempatkan dikalangan orang beriman. 

kejap lagi habis sekolah rasa nak pergi tengok sekejap untuk kali terakhir..tetiba rasa rindu dekat arwah mak..syukurlah masa arwah mak meninggal semua anak2 ada dekat dengan mak..

yaALLAH semoga ada rezeki kami sekeluarga dapat pindah balik mengajar di Kedah tahun ini..kalo dulu tak dapat sangat nak jaga arwah mak masa mak sakit..kakak2 yang selalu tlg tengokkan arwah mak. 

semoga alia dapat jaga ayah pula kali ini..

sedih sebab kehilangan kawan,sahabat,mak,pendengar yang setia...sehari kalo tak sembang 2-3x call tu mmg tak sahla..yaALLAH sesungguhnya aku rindu..~al-fatihah buat mak tersayang~ tahun kedua beraya tanpa arwah mak..semoga mak tenang disana..



al-fatihah buat arwah abg martoyo..semoga ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh.



CADANGAN SUPPLIMENT SHAKLEE MENGIKUT BAJET ANDA

CADANGAN SET BAJET SHAKLEE

Ramai yang tidak tahu suppliment shaklee ni bole dibeli secara asing2.. tak semestinya beli set lengkap terus.

jadi jangan risau kalo beli dengan alia anda boleh membeli mengikut bajet anda..

biasanya kalo ditanya suppliment yang sesuai untuk diri diorang alia akan tanya apa masalah yang diorg hadapi..cthnya masalah jerawat

seperti yang kita tahu jerawat ni tumbuh disebabkan banyak faktor. antaranya: hormon tak stabil, stress, period pain dan sebagainya.

jadi untuk set kecantikan biasanya VITAMIN C,VITAMIN E dan VITAMIN B COMPLEX yang akan disyorkan. 

namun terpulang pada bajet customer sebenarnya tak semestinya beli semua yang dicadangkan..tapi kalo mahukan kesan yang maksimum tentulah penggunaan ketiga2 yang dicadangkan itu adalah yang terbaik..selain itu penggunaan secara konsisten sgt penting untuk kesan yang SUPERB!!



Jadi pilihan di atas ini sebagai panduan untuk anda memilih set bajet mengikut keselesaan anda!!

jika mahukan konsultasi percuma dengan pembelian set2 di atas ini anda boleh:


SMS/WHATAPP:

0196066152(alia)

COD:BEKENU/MIRI


SHAKLEE AREA MIRI DAN BEKENU SARAWAK

STOK SHAKLEE MIRI/BEKENU

Assalamualaikum!!! Selamat pagi!!

Alhamdulilah esp ketujuh sepanjang puasa ini..semua cod area #bekenu,#niah dan #miri.

Customer ni terjumpa blog alia smlm..whatapp2 dkt sejam jgk tnye fungsi esp, fungsi zinc, dan kelebihan jd ahli.

Akhirnya dalam kul 11mlm confirm nak jd ahli dan beli esp+zinc..alia bg stok dirumah dl sbb dia nak urgent brg tu..nnti lps register kita transfer blk uv dekat dia..yg bestnya dia excited nak dpt jgk DUIT RAYA bila cter kelebihan jd ahli bulan ni

Mudah dan senang sebab semua online shj..berkatnya bln ramadhan yg mulia ni alhmdulillah byk wishlist Allah makbulkan..time ksh ya Allah..

Hari ni klik2 order brg lg..yakin dan yakin akan hbskan semua brg2 ni b4 balik cuti bersalin nnti..yeay start cuti bsalin nnti ada 2 tmpt anda bole cod!! Hihi my hubby merangkap my assistance, my supporter insyaAllah akan take over stok di miri..







Alia,
0196066152
Sid anda area bekenu dan miri

KELEBIHAN VIVIX SHAKLEE

VIVIX OHHH VIVIX!!!!!

dulu2 takut nak try vivix sebab harga dia mahal sgt..tapi taun lepas 2x promo vivix so alia pun try la beli 1 botol vivix untuk sama2 guna dengan husband.

actually vivix ni sangat bagus untuk keseluruhan kesihatan..tak kisah la ada sakit jantung ke,sakit kencing manis ke tak sakit pun boleh ambik jgk tau..

selain utk kesihatan badan vivix sgt bagus untuk kecantikan dan awet muda!! sebab tu ramai orang suka ambik vivix tau..kesan pun cepat..

jom review camnne rupa vivix tu

vivix

tengok rupa botol vivix pun dah nampak exclusive kan..nak tahu kandungan2 bahan yang terdapat dalam vivix ni bole klik disini

antara MANFAAT ATAU KELEBIHAN VIVIX ialah:
  • untuk mencegah kanser , 
  • serta strok, 
  • penyakit jantung 
  • dan kencing manis.  
  • Antioksidan adalah biasa dalam menghasilkan berwarna gelap dan mereka melakukan bang sehingga tugas menyingkirkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kepada sel-sel badan kita.  
  • Lobak ungu juga agen anti -radang dan yang besar untuk mereka yang mempunyai alahan
nak tahu lebih lanjut tentang kelebihan vivix bole klik di sini.

 antara soalan yang sering di tnya tentang vivix:

Q:  vivix boleh digunakan untuk orang dewasa sahaja ke?

A: yup seeloknya utk dewasa sahaja..apa2 pun jika kanak2 bawah 12 tahun ada masalah yang serius boleh rujuk doktor dulu untuk pengambilan vivix ini

 Q: berapa banyak kena ambik vivix setiap hari?

A: vivix seeloknya ambik 1 hari 1 sudu sahaja. biasanya pengambilan vivix adalah sewaktu perut kosong..means sebelum tidur ataupun selepas bangun tidur. 

Q: kalo ambik vivix perlu tak ambik suppliment lain?

A: so far ambik vivix sudah mencukupi..tapi jika anda sakit jantung, kencing manis,darah tinggi anda masih perlu mengambil ubat yang dibekalkan dari hospital. cuma perlu dijarakkan 2 jam daripada pengambilan vivix

nak tengok TESTIMONIAL VIVIX bole klik link ok.. 






BERMINAT UNTUK MEMBELI VIVIX:
SMS/WHATAPP:0196066152(ALIA)
COD:MIRI,BEKENU 
POSTAGE:SELURUH MALAYSIA DAN BRUNEI 

SALAM RAMADHAN:AMALAN-AMALAN SUNAT BULAN RAMADHAN

[AMALAN-AMALAN SUNAT BULAN RAMADHAN]

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!

dah lama alia menyepi tulis blog ini..insyaALLAH lepas ni akan konsisten balik..

sebelum alia terlupa nak ucap SALAM RAMADHAN untuk semua ummat islam di dunia ini..

semoga ramadhan ini membawa seribu makna buat kita semua insyaALLAH.

antara amalan2 sunat yang boleh kita amalkan di bulan  yang mulia ini ialah:

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)


2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka


Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)


3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.


Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”


4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)


Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)


5. Bersiwak atau menggosok gigi.


Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)


Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)


6. Bermurah hati dan banyak menderma.


Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)


Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.


8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)


10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.I Love Islam

 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...